Saturday, November 27, 2010

Ciri-ciri Generasi Umat Islam Gemelang

perkataan 'cemerlang'membawa maksud bersinar,sangat indah,elok,bagus dan baik.Umat yang cemerlang membawa makna suatu  memiliki kebaikan dalaman yang pelbagai aspek.Umat yang cemerlang juga adalah umat yang elok agama,akhlak,ilmu pengetahuan,ekonomi dan segala urusan hidupnya

untuk menjadi generasi umat islamyang cemerlang,terlebih dahulu kita perlu memahami apakah ciri-ciri:-

Ciri yang pertama :-Berilmu dan Beramal Dengan Ilmu
      Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan satu syarat bagi sesuatu umat dipandang sebagai umat yang        maju dan bertamadun. Firman Allah SWT dalam surah al-zumar ayat 9 yang bermaksud :
          katakanlah lagi(kepadanya)"adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
          "sesungguhnya org yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah org yg berakal sempurna"

Ciri yang kedua :-Berdisiplin dan Berakhlak Mulia
         Displin berkait rapat dengan akhlak.Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis   yang  diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud :-
          Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu sekalian adalah yang paling baik                                     akhlaknya(budi pekertinya)."

Ciri yang ketiga :-Melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar
       Ciri ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:                                           "Kamu(Wahai umat Muhammad)adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan utk manusia,(kerana)                         kamu menyuruh berbuat segala perkara yg baik dan melarang drpd perkara yg salah."
 Amar Makruf bererti menyeru kpd perkara-perkara kebaikan manakala Nahi Munkar bermaksud melarang kemungkaran.
tp hari ini kita dapati segelintir manusia yg hanya melakukan kebaikan utk diri sendiri tetapi tidak mengajak org lain berbuat baik.Demikian jugak ada yg tidak berani menegah @ menegur org lain drpd melakukan kemungkaran.Contoh nya ada org yg tidak berani menegur kawannya melakukan maksiat.Ada jgk suami @bapa yg tidak berani menegur isteri @ anak perempuannya ygmendedahkan aurat.

Ciri yang keempat :Bersemangat Juang dan Sanggup Berkorban
               Tentera Islam dahulukala sanggup berkorban meninggalkan anak isteri dan kampung halaman                          utk berperang mempertahankan agama.Salahiddin al-ayubi berjuang bermati-matian sebelum                          berjaya mengalahkan tentera salib dan menawan semula palestin.

Ciri yang kelima :Mampu Melahirkan kekuatan
             Sabda Rasulullah SAW dlm sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Muslim yg bermaksud:-
                        "Org mukmin yg kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah drpd org mukmin yg lemah"

Antara kekuatan yg perlu dilahirkan oleh umat islam ialah Kekuatan Ekonomi, Politik, Sains, Teknologi, Pendidikan,Perpaduan,Ketenteraan dan sebagainya.

Inilah ciri2 yg perlu ada pd umat islam yg ingin agama islam terus maju dan cemerlang

Wednesday, November 24, 2010

Syurga didalam Al -Quran

سورة 2 البقرة اية 25 35 82 111 214 دان 221
سورة 3  ال عمران اية15 133 136 142 185 دان 198
سورة 4 النساء اية 13 دان 124
سورة 7 الاعراف اية 91 21 22 26 40 42 44 49
سورة 9 التوبه اية 21 دان 73
سورة 10 يونس اية 9 دان 26
سورة 11 هود اية 23 دان 108
سورة 13 الرعد اية 23 دان 35
سورة 15 الحجر اية 45
سورة 16 النحل اية 31 دان 32
سورة 18 الكهف اية 31 32 33 دان 107
سورة 19 مريم اية 60 61 دان 63
سورة 20 طه اية 72 76 دان 121
سورة 22 الحج اية 43 دان 56
سورة 25 الفرقان اية 15 دان 21
سورة 26 الشعراء اية 85 دان 90
سورة 29 العنكبون اية 58
سورة 31 لقمان اية8
سورة 32 المسجدة اية 19
سورة 35 فاطر اية 33
سورة 36 يس اية 26 دان 55
سورة 38 ص اية 50
سورة 37 الصفات اية 43
سورة 39 الزمر اية 73 دان 74
سورة 40 المؤمن اية 8 دان 40
سورة 41 فصلت اية 30
سورة 43 الزجرف اية 70 دان 72
سورة 46 الاحقاف اية 14  دان16
سورة 47 محمد اية 6 دان 15
سورة 48 الفتح اية 17
سورة 51 الذاريات اية 15
سورة 52 الطور اية 17
سورة 54 القمر اية 54
سورة 55 الرحمن اية 46 54 دان 62
سورة 56 الواقعة اية 12 دان 89
سورة 57 الحديد اية 21
سورة 59 الحشر اية 20
سورة 64 التغابن اية 9
سورة 66 التحريم اية 8 دان 11
سورة 68 القلم اية 34
سورة 69 الحاقة اية 22
سورة 70 المعارج اية 35 دان 38
سورة 74 المدثر اية 40
سورة 76 الانسان اية 12
سورة 79 النازعات اية 41
سورة 81 التكوير اية 13
سورة 88 الغاشية اية 10

Tuesday, November 23, 2010

Rukun Puasa Yang Pertama

Rukun Puasa itu da 3

1)  ORANG YANG BERPUASA
 Sesorg yg berpuasa itu hendaklah seorg muslim,baligh,berakal,berkeupayaan dan bersih dr haid dan nifas.
  • Tidak sah puasa org yg kafir kerana puasa adalah ibadah dan org kafir bukan ahli ibadah
  • puasa tidak wajib keatas kanak2  yg belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil.
  • Org yg tidak mampu berpuasa di mana jika ia berpuasa bleh mengakibatkan mudharat seperti org yg terlalu tua @ sakit yg tiada harapan utk sembuh.maka wajib digantikan dgn secupak makanan bg setiap puasa yg ditinggalkan
  • Bg perempuan yg datang Haid @Nifas maka tidak sah puasa mereka pd datangnya haid dan nifas.sekianya haid dan nifas datang pd siang hari,maka batallah puasanya itu.sekiranya ia bersih dr haid pd malam hari,wajib ke atasnya puasa keesokan harinya sekalipun belum sempat mandi wajib.mereka hendaklah mengantikan puasa tersebut mengikut bilangan hari-hari yg mereka tinggalkan selepas bulan Ramadan
  • Harus berbuka bg org yg BerMusafir jauh sekiranya ia takut ditimpa Mudharat.sekiaranya tidak mendatangkan mudharat maka lebih afdal ia puasa
  • Harus berbuka bagi org yg sakit,mengadung dan menyusukan anak sekiranya ia bimbang puasa boleh mendatangkan mudharat ke atas dirinya @ anaknya.dan dia wajib mengantikannya semula selepas bulan ramadan.

Hukum Mengerjakan Puasa

Hukumnya ialah fardu Ain Dan kefarduan ini dthabitkan dgn Al-Quran, Al-Sunnah, Ijam'Ulama


  • Al-Quran:Firman Allah S.W.T                                                                                                          Maksud nye: " Telah DiFardukan ke atas kamu berpuasa sepetimana telah difardukan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu" (surah Al-Baqarah: 83)

  • Al-Sunnah:Rasulullah S.A.W bersabda:                                                                                              maksudnye: "Dirikan Islam atas Lima perkara-antaranya - puasa ramadan"  (Riwayat al-bukhari)

  • Ijma'Ulama : Puasa merupakan perkara dharuriah dlm agama di mana sesiapa yg menginkari wajibnye puasa maka ia menjadi kufur,manakala sesiapa yg meningalkan puasa tanpa uzur syarie,hendaklah dipenjarakan dan ditegah dari makan agar terhasil gambaran puasa pada dirinya

Sunday, November 21, 2010

Fadhilat puasa

1) sifat ikhlas
2) Mujahadah dan kekentalan jiwa
3)sabar
4)Memelihara Fizikal
5)Prihatin dan belas kasihan
6)membuka hijab antara diri dan allah
7)Mengenali erti kejayaan sebenar
8)Rasa belas dan lemah lembut
9)Memperkukuhkan Kesatuan Ummah
10)Merapatkan hubungan dengan alam
11) Menjage masa
12)Kesihatan tubuh badan

PENGERTIAN




Dlm bhasa Arab ialah Meninggalkan.
manakala dlm maksud ahli feqak ialah meninggalkan diri dari melakukan perkara-perkara yg boleh membatalkan puasa iaitu bermula dr terbit fajar hingga terbenamnye matahari dan disertai dengan niat

Saturday, November 13, 2010

6 soalan iman Al Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'



Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri" 

WASIAT IMAM SYAFI'E


Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah
1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata
2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah
4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan
5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.
6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya
7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir
8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya
9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain
10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya
12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )
13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu
14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi
15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui
Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar
16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu
17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu
18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut
19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong
20. Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah
Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas
21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki
22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya
23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )
24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya
25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu
26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang
27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan
28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau
29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya
30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya
31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali
32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas