Friday, December 31, 2010

KHASIAT SURAH-SURAH DARIPADA AL-QURAN

SURAH AL-FATIHAH - Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah swt. Bacalah 40 kali surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.

SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ - Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41 kali setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.

SURAH AL-IKHLAS - Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga melepasi sirat menuju ke syurga. [Riwayat Al-Tabrani]

SURAH AL-KAFIRUN - Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun makan bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]

SURAH AL-KAUTSAR - Sesiapa yang mengamal membaca surah ini 1000 kali, maka Allah swt akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikkan pangkatnya. Dan sesiapa yang membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasul

PETUA KESIHATAN DARI AL-QURAN DAN HATIDH

Wahai semua manusia, makanlah benda yang halal bagi baik daripada apa yang terdapat di muka bumi ini. [Surah Al-Baqarah: 168]

"Ya, Rusulullah, tolong pohonkan kepada Allah, agar Allah jadikan daku seorang yang mudah diperkenankan doa." Mendengar kata-kata Saad bin Abi Qaqqas itu baginda pun menjawab, "Wahai Saad! Perbaikilah makananmu, kau akan jadi seorang yang mustajab doa. Demi Tuhan, di mana diri Muhammad dalam tanganNYA, seseorang lelaku yang menelan seketul daging haram dalam perutnya tidak akan diterima doa daripadanya selama 40 hari. Ada pun hamba yang dagingnya tumbuh daripada benda haram dan riba, maka nerekalah itu adalah lebih utama baginya." [Riwayat Ibn Marduwiyah]

Kemdian makanlah daripada tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. [Surah An-Nahi:69]

Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan Al-Quran. [Riwayat Ibn Majah]

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram. [Riwayat Abu Daud]
Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua. [Riwayat]

Jauhilah makan berlebihan. Sesunggunya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk. [Riwayat Abu Naim]


DOA DARI AL-QURAN

Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat, dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Surah Al-Mumtahinah: 54-55]

Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMU ya Tuhanku. [Surah Maryam: 4]

Tuhanku, berilah aku dari sisiMU seorang anak yang baik, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. [Surah Ali-Imran: 38]

Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris yang paling baik. [Surah Al-Ambiya':89]

Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kelu dari lidahku, supaya mereka memahami perkataanku, dan anugerahkanlah daku untukku seorang pembantu dari keluargaku. [Surah Taha: 25-29]

(Ya Tuhanku) Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah TUhan yang Maha Penyayang dan diantara semua penyayang. [Surah Al-Ambiya': 83]

Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah daku dari isiMU kekuasaan yang menolong. [Surah Al-Isra': 83]

 Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung kepadaMU ya Tuhanku daripada kedatangan mereka kepadaku. [Surah AL-Mu'minun: 97-98]






Thursday, December 30, 2010

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.



kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti...


1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 300


kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0


kalau masih tidak suka dgn kelajuannya... cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config


1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests


2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -


network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)


3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0


dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)


kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba......

keyboard short cur(perfect)

WINDOWS KEYBOARD SHORTCUTS
WINKEY(button on your keyboard that looks like a flag..) + D - Minimizes all windows and returns the user to the desktop
WINKEY + M - Minimizes all windows.
WINKEY + SHIFT + M - Undo the minimize.
WINKEY + E - Open Microsoft Explorer.
WINKEY + Tab - Cycle through open programs through the taskbar.
WINKEY + F - Display the Windows Search / Find feature.
WINKEY + CTRL + F - Display the search for computers window.
WINKEY + F1 - Display the Microsoft Windows help.
WINKEY + R - Open the run window.
WINKEY + Pause / Break key - Open the system properties window.
WINKEY + U - Open Utility Manager.
WINKEY + L - Lock the computer (Windows XP and above only).


EXCEL SHORTCUT KEYS
F7 - Spell check selected text and or document.
F11 - Create chart.
Ctrl + Shift + ; - Enter the current time
Ctrl + ; - Enter the current date
Alt + Shift + F1 - Insert New Worksheet
Shift + F3 - Open the Excel formula window.
Shift + F5 - Bring up search box.
Ctrl + A - Select all contents of the worksheet.
Ctrl + B - Bold highlighted selection.
Ctrl + I - Italic highlighted selection.
Ctrl + K - Insert link.
Ctrl + U - Underline highlighted selection.
Ctrl + 5 - Strikethrough highlighted selection.
Ctrl + P - Bring up the print dialog box to begin printing.
Ctrl + Z - Undo last action.
Ctrl + F9 - Minimize current window.
Ctrl + F10 - Maximize currently selected window.
Ctrl + F6 - Switch between open workbooks / windows.
Ctrl + Tab - Move to next worksheet.
Ctrl + Shift + ! - Format number in comma format.
Ctrl + Shift + $ - Format number in currency format.
Ctrl + Shift + # - Format number in date format.
Ctrl + Shift + % - Format number in percentage format.
Ctrl + Shift + ^ - Format number in scientific format.
Ctrl + Shift + @ - Format number in time format.
Ctrl + Arrow key - Move to next section of text.
Ctrl + Space - Select entire column.
Shift + Space - Select entire row.


MOUSE SHORTCUT KEYS
Double click - Selects word.
Triple click - Selects paragraph.
Ctrl + Mouse wheel - Zooms in and out of document

NAK JIMAT SPACE(recycle bin)



arrr.. korang tau tak ruang utk recycle bin tuh besar.. ciam aku saiz drive C ni lebih kurang 30GB dan ruang utk recycle bin 2.93GB (10%).. buat apa kite membazir sebab aku percaya jarang org buang fail ke recycle bin sampai ber-gig2 besarnye...


so kalo nak kecikan sket ruangnya itu.. ko org leh set ini maciam..


1. pergi ke icon recycle bin pada desktop dan right klik dan pilih properties.


2. ko setkan 1% pada (maximum size of recycle bin (percent of each drive)) dan tekan Apply.


3. ko org nak tgk berapa saiz recycle bin tuh balik klik pada tab " (c:) " contoh ciam aku "MASTER (C:)" ...dan pada "Space Resered" itulah saiz recycle bin anda... ;-)

Adab Terhadap Al-Quran



Pada entri kali ini saya ingin berkongsi nota ringkas tentang Adab Terhadap al-Quran yang diambil dari buku “at-Tibyan Fi Adab Hamlatul Quran


  1.  Beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian al-Quran adalah keunggulan yang tertinggi.
2.      Merupakan mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W.

3.      Berwudhu’ terlebih dahulu sebelum membaca atau mengambil mushaf al-Quran.

4.      Mengambil dengan menggunakan kedua tangan secara sopan.

5.      Membawa al-Quran dengan tangan kanan serta ditinggikan melebihi dari paras pusat.

6.      Meletakkan al-Quran di tempat yang lebih tinggi dari tempat kaki berpijak/lantai.

7.      Membaca dalam keadaan suci daripada najis .

8.      Duduk menghadap Qiblat jika suasana memungkinkan.

9.      Membuka mushaf dengan tangan kanan.

10.  Memakai pakaian yang menutup aurat, cantik, kemas dan bersih.

11.  Memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.

12.  Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.

13.  Elakkan dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-Quran.

14.  Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca al-Quran.

15.  Berada dalam keadaan tenang dan duduk dengan penuh tertib
.
16.  Berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca dan mengamalkannya.

17.  Menjaga hak setiap huruf sehingga jelas dan betul sebutannya.
18.  Membaca mengikut tertib mushaf.

19.  Berhenti membaca apabila terasa mengantuk dan menguap.
20.  Membaca al-Quran di tempat yang bersih dan suci.

21.  Memulakan bacaan dengan isti’azah dan disudahi dengan membaca : صَــدَ قَ الـلّـــــــــهُ الْــعَــظِــيْـــمُ
22.  Tutup al-Quran dengan tangan secara sopan dan mengembalikannya ke tempat yang terhormat dan bersih.



Wednesday, December 29, 2010

Doa selepas membaca surah al waqiah


اللهم   اِنِّ كَانَ  رِزْقِي  فِي السَّمَاءِ   فَأَنْزِلُهُ
وَاِنْ كَانَ فِي الاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ فِي البَحْرِ  فَأَطْلِعْهُ
وَاِنْ كَانَ  بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
وَاِنْ كَانَ قَرِيْبًا فَيَسَّرْهُ
وَاِنْ   قَلِيْلاً فَكَبِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ كَثِيْرًا فَهَوِّنْهُ
وَبَارِكْ  لِى فِيْهِ   وَاَرْزُقْنِى مِنْ حَيْثُ  اَحْتَسِبْ
وَمِنْ حَيْثُ لاَ  اَحْتَسِبْ رِزْقًا حَلاَلاً غَدَقًا سَخَّا  طَبَقًا مُبَارَكَا فَيْهِ
حَتَّى لاَ يَكُونُ لاَ حَدٍ مِنْ  خَلْقِكَ عَلَّى فَيْهِ مِنْهُ
وَاَجْعَلْ  يَدِى  عَلَيَّا بِا لاِعْطَاءِ وَلاَ تَجْعَلْ  يَدِى سُفْلَى   
 بِا لاسْتِعْطَاءِ
اِنَّكَ عَلَى  كُلِّ شَىءِ قَدِيْرٌ
بِرَحْمَتِكَ  يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Tuesday, December 7, 2010

10 KEKASIH IBLIS

  1. Pemimpin yang meminda hukum Allah,seperti menghalal kan benda yang haram
  2. Hartawan yang takbur
  3. Perniaga yang berbohong
  4. peminum arak,dusta,orang yang suka mengumpat
  5. Riyak beramal- menunjuk-nunjuk buat baik
  6. Makan harta anak yatim
  7. Meringankan kewajipan solat
  8. Kedekut
  9. Orang lalai dalam mengingati Allah
  10. Orang berhibur dengan hiburan yang melalaikan

Thursday, December 2, 2010

7 Golongan Hamba Yang Mula-Mula Beriman

Golongan Hamba Lelaki
  1. Bilal bin Rabah (bangsa Habsyi,hamba kpd Umayyah bin Khalaf)
  2. Abu Fakihah   (Hamba Safwan bin Umayyah )
  3. Ammar bin Yasir serta ayah,ibu Dan Saudaranya 
  
Golongan Hamba Wanita
  1. Zunairah (hamba Fir'un)
  2. Labihah ( hamba Umar bin al-khattab)
  3. Nahdiyah Dan Anak Perrmpuannya (hamba al-walid bin al-Mughirah)
  4. Ummu Unais Dan Anak perempuannya (hamba al-Aswad bin Abdul Yaghuth)