Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

ADAB SEBAGAI TETAMU



ý  Berkenjunglah  mengikut masa yg sesuai. Elakkan berkunjung pada waktu makan @ ketika tuan rumah sedang berehat

ý  Berilah salam  dahulu sebelun masuk ke rumah

ý  Masuk ke dalam rumah setelah dijemput & duduk ditempat yg disediakan dgn sopan

ý  Elakkan drpd memandang liar kea rah peralatan di dalam rumah

ý  Makan makanan yg disediakan dgn sopan apabila dijemput

ý  Ucapkan terima kasih terhadap layanan yg diberikan

ý  Ucapkan salam sebelum pulang

ý  Sekiranya anda ingin bermalam, jangan melebihi 3 hari kerana menyusahkan tuan rumah

ý  Jangan menbawa orang lain bersama sebelum mendapat keizinan tuan rumah



sambung? dah abis..hehhehe

IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN TETAMU



  • Tetamu berasa dirinya dihina & tidak dihormati
  • Menimbulkan pergaduhan & perpecahan
  • Menghilanglan rasa kasih sayang dikalangan anggota masyarakat
  • Menjauhkan org bukan Islam drpd mendekati & memahami Islam
  • Menjatuhkan imej diri , masyarakat & Negara
  • Menjadikan institusi perlancongan tidak mendapat sambutan

sambung la...ADAB SEBAGAI TETAMU

KELEBIHAN MELAYAN TETAMU




§  Mendapat ganjaran pahala & keampuna Allah

§  Mengeratkan silaturrahim & memupuk semangat perpaduan

§  Bertambah kasih-sayang antara tetamu & tuan rumah yg dikunjungi

§  Murah rezeki , mendapat rahmat & berkat drpd Allah

§  Menarik perhatian orang bukan Islam terhadap keindahan Islam

§  Membantu perkembangan institusi pelancongan 

sambung lain....IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN TETAMU

BATAS PERGAULAN KETIKA BERSAMA TETAMU





  • Memakai pakaian yang bersih , kemas & menutup aurat
  • Memaklumkan kpd tetamu sekiranya ingin meninggalkan rumah kerana ada tugas luar

    ·         Elakkan melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu spt melunjurkan kaki kearahnya
    ·         Menjaga suasana rumah supaya tidak menganggu ketenteraman tetamu



    bersambung ... KELEBIHAN MELAYAN TETAMU

ADAB TERHADAP TETAMU






v  Memberi Layanan Yang Baik:
-          Kita hendaklah menyambut tetamu di muka pintu atau dihalaman rumah dgn menjawab salam & berjabat tangan, kemudian mempersilakan tetamu masuk ke dalam rumah dengan mesra.
-          Kita juga hendaklah menyediakan tempat duduk yg selesa & bersih utk mereka.


v  Bersifat Ikhlas & Berlapang Dada :

-          Kita hendaklah berlapang dada & gembira atas kedatangan tetamu.
-          Kita tidak sepatutnya merasakan kedatangan mereka menganggu kehidupan @ aktiviti harian kita
v  Menunjukkan Muka Yang Manis:

-          Kita hendaklas sentiasa tersemyum melayan tetamu dgn muka yg manis & berbual bersama-sama mereka bertanya khabar berita sama ada tentang diri @ keluarga.
-          Tutur kata bersama-sama tetamu hendaklah dijaga supaya tidak menyinggung perasaan.

v  Menyediakan Jamuan Mengikut Kemampuan :
-          Makanan yg disediakan hendaklah makanan yg terbaik mengikut kemampuan kita.
-          Setelah menghidang makanan, hendaklah menjemput tetamu makan & tuan rumah digalakkan makan bersama-sama tetamu.
-          Ketika makan hendaklah menghulurkan makanan kpd tetamu & jangan mengemas hidangan sebelum tetamu selesai makan.

v  Menyediakan Kemudahan Yang Baik Kpd Ahli Keluarga :
-          Sekiranya kenalan kita berkunjungbersama-sama keluarganya kita hendaklah memberi layanan yg baik kpd mereka sebagaimana tetamu.
-          Keperluan seperti tandas @ bilik air yg bersih hendaklah ditunjukkan kpd mereka apabila diperlukan.
-          Kita juga hendaklah memberi keselesaan seperti : menyediakan kipas angina / bilik tempat berehat apabila tetamu ingin bermalam


sambung lg.. BATAS PERGAULAN KETIKA BERSAMA TETAMU

ADAB MENERIMA & MELAYAN TETAMU


MAKSUD TETAMU
Orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput.



DALIL WAJIB MELAYAN TETAMU
  • Keimanan & Kemuliaan seseorang dapat dilihat melalui cara menerima & melayan tetamu. Rasulullah s.a.w. bersabda :
من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليكرم ضيفه ، جائزته  قالوا : وما جائزته يا رسول الله ؟ قال : يومه وليلته ، والضيافة ثلاثة ايام، فما كان وراء ذلك فهو صدقة عليه                 ( متفق عليه )

Maksudnya : Sesiapa yg beriman kpd Allah & hati akhirat hendaklah memuliakan tetamu dgn memberi layanan kepadanya. Sahabat berkata : "Apakah layanan itu wahai Rasulullah ?" Rasulullah menjawab :     " Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu dalam masa 3 hari, layanan yg diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai suatu sedekah "

  • Berdasarkah Hadis  di atas : Tetamu wajib dilayan dgn layanan yg istimewa mengikut kemampuan tuan rumah terutama pada hari pertama menjadi tetamu . .Pada hari kedua & ketiga layanan sama seperti yg diberikan kpd keluarga sendiri




sambung...ADAB TERHADAP  TETAMU

Sunday, March 18, 2012

ApaKah Punca Lalai

  •  Kasih akan Dunia
  •            Kasih akan Harta
  •                     Kasih akan Pakaian
  •                              Kasih akan Isi Rumah
  •                                       Kasih akan Wanita
  •                                                Kasih akan Kaya
  •                                                        Kasih akan Kenyang
  •                                                         Kasih akan KeMulian
  •                                                          Kasih akan Tidur .

Friday, December 30, 2011

IMAN Akan masuk bila.....

    •  
    • ia berfikir akan kebesaran Allah    terutama pada bulan ramadan
    • bercakap akan kebesaran Allah  ,macam bercakap tentang ciptaan Allah
    • mengdengar Akan kebesaran Allah  ,macam dengar ceramah ,kuliah agama dan lain-lain

Saturday, April 30, 2011

Bersama Nabi diSyurga



Sabda Rasulullah S.A.W:barang siapa seduduk dengan orang alim,maka ia seduduk dengan ku(nabi muhammad)
Dan
Barang siapa seduduk dengan ku(nabi muhammad).Dia akan seduduk dengan ku disyurga kelak.

Sunday, January 30, 2011

5 Tanda Hati Keras Membatu


  • 1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melakukan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah.
Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud:“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”. (surah At-Taubah : 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh samasekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.
Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya : “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku” (Surah Al – Qaf : 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata – mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individualistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamalkan yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemiskinan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa – peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
“Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula mengambil pelajaran”. (Surah At-Taubah : 126)


Top of Form







Bottom of Form

Saturday, January 15, 2011

Bahaya Dusta

Barang siapa yang beramal dengan sifat dusta/bohong,
maka,akan runtuhlah imannya dan malaikat akan lari 1 batu jauh daripadanya,
kerana mulutnya berbau busuk akibat sifat dustanya

Thursday, January 13, 2011

Sebab Manusia Cinta Dunai

  • Tidak mensyukuri nikmat allah
  • Tidak sedar kehidupan dunia adalah sementara
  • hidupan dunia sia-sia
  • mereka bersifat tamak
  • terpengaruh dengan hidupan dunia

7 HABUAN MATI SYAHID



Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu :

1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar
2. Melihat tempat duduknya di Syurga
3. Dihiasi dengan hiasan iman
4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga
5. Dilindungi daripada seksa kubur
6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat
7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya

Ganjaran SeOrang Wanita

Bila wanita bermesra dengan suaminya hingga suaminya 
sayang, rajin beribadat.
Bila wanita itu mengandung,bahagia kandungannya
kerana pemberian suaminya dan bila mati wanita itu kerana melahirkan anak
bersama suaminya itu,
Maka samalah pahala seorang lelaki mati syahid

Wednesday, January 12, 2011

Ganjaran SeOrang Isteri

Menurut Rasulullah S.A.W :
pahala isteri yang taat menguruskan rumahtangga dengan sempurna kerana Allah .
Ganjaran nya samalah pahala lelaki berjihat pada jalan Allah

Monday, January 10, 2011

10 kekasih iblis

  • pemimpim yg meminda hukum allah , seperti menghalalkan yg haram
  • Hartawan yang takabur
  • Perniaga yang berbohong
  • peminum arak. dusta, mengumpat
  • Riyak beramal-menunjuk-nunjuk buat baik
  • Makan harta anak yatim
  • meringankan kewajipan solat
  • Kedekut
  • Orang lalai mengingati Allah
  • orang berhibur dengan hiburan yang melalaikan

Tiga Macam Orang Mendapat Pahala Melalui Penglihatan

  1. orang yang ingin melihat ka'abah
  2. orang yang melihat Al-Quran walaupun ia tidak membaca
  3. orang yang melihat muka ibubapa  mereka dan jika ibubapa  mereka  sudah meninggal mereka melihat pusaraan ibubapa mereka

Friday, January 7, 2011

Ciri-Ciri Seorang Isteri Solehah

  • Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap
  • Sentiasa nemtaati perintah suami selagi tidak perintah itu bukan maksiat
  • Tidak mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suami
  • Reda dengan setiap pemberian suami walaupun barang itu tidak mahal
  • Tidak menolak ajakan suami bila ia ingin bermesra bersamanya
  • Tidak meninggalkan rumah melainkan dengan izin suami
  • Tidak berlaku curang bila ketiadaan suami
  • Amanah pada anak-anak dan juga harta suami bila ditinggalkan
  • Menghormati keluarga suami dan juga kaum kerabatnya
  • Sentiasa berhias diri bila di hadapan suami sebaliknya tidak berhias bila ketiadaan suami
  • Memakai bau-bauan untuk suami semasa di rumah
  • Sentiasa bersikap malu terhadap suami
  • Menutup penglihatannya ketika di hadapan suami begitu juga ketika ketiadaannya
  • Menghantarkan suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dam menyambutnya bila ia pulang dengan senyuman
  • Sentiasa menjaga nama dan maruah suami
  • Sentiasa menjaga kesihatan,kebersihan dan kesempurnaan diri serta rumahtangganya
  • Sentiasa bersyukur sama ada menerima nilmat ataupun dugaan allah
  • tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya
  • Melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dan Suami dengan tabah dan sabar

Saturday, January 1, 2011

Ganjaran Penghafaz Al-Quran

Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. 
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

Thursday, December 30, 2010

Adab Terhadap Al-Quran



Pada entri kali ini saya ingin berkongsi nota ringkas tentang Adab Terhadap al-Quran yang diambil dari buku “at-Tibyan Fi Adab Hamlatul Quran


  1.  Beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian al-Quran adalah keunggulan yang tertinggi.
2.      Merupakan mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W.

3.      Berwudhu’ terlebih dahulu sebelum membaca atau mengambil mushaf al-Quran.

4.      Mengambil dengan menggunakan kedua tangan secara sopan.

5.      Membawa al-Quran dengan tangan kanan serta ditinggikan melebihi dari paras pusat.

6.      Meletakkan al-Quran di tempat yang lebih tinggi dari tempat kaki berpijak/lantai.

7.      Membaca dalam keadaan suci daripada najis .

8.      Duduk menghadap Qiblat jika suasana memungkinkan.

9.      Membuka mushaf dengan tangan kanan.

10.  Memakai pakaian yang menutup aurat, cantik, kemas dan bersih.

11.  Memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.

12.  Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.

13.  Elakkan dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-Quran.

14.  Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca al-Quran.

15.  Berada dalam keadaan tenang dan duduk dengan penuh tertib
.
16.  Berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca dan mengamalkannya.

17.  Menjaga hak setiap huruf sehingga jelas dan betul sebutannya.
18.  Membaca mengikut tertib mushaf.

19.  Berhenti membaca apabila terasa mengantuk dan menguap.
20.  Membaca al-Quran di tempat yang bersih dan suci.

21.  Memulakan bacaan dengan isti’azah dan disudahi dengan membaca : صَــدَ قَ الـلّـــــــــهُ الْــعَــظِــيْـــمُ
22.  Tutup al-Quran dengan tangan secara sopan dan mengembalikannya ke tempat yang terhormat dan bersih.