Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET,
yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research
Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasu
kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah
pertukaran paket (packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada
NCPkepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan
daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment