Saturday, November 27, 2010

Ciri-ciri Generasi Umat Islam Gemelang

perkataan 'cemerlang'membawa maksud bersinar,sangat indah,elok,bagus dan baik.Umat yang cemerlang membawa makna suatu  memiliki kebaikan dalaman yang pelbagai aspek.Umat yang cemerlang juga adalah umat yang elok agama,akhlak,ilmu pengetahuan,ekonomi dan segala urusan hidupnya

untuk menjadi generasi umat islamyang cemerlang,terlebih dahulu kita perlu memahami apakah ciri-ciri:-

Ciri yang pertama :-Berilmu dan Beramal Dengan Ilmu
      Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan satu syarat bagi sesuatu umat dipandang sebagai umat yang        maju dan bertamadun. Firman Allah SWT dalam surah al-zumar ayat 9 yang bermaksud :
          katakanlah lagi(kepadanya)"adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
          "sesungguhnya org yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah org yg berakal sempurna"

Ciri yang kedua :-Berdisiplin dan Berakhlak Mulia
         Displin berkait rapat dengan akhlak.Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis   yang  diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud :-
          Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu sekalian adalah yang paling baik                                     akhlaknya(budi pekertinya)."

Ciri yang ketiga :-Melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar
       Ciri ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:                                           "Kamu(Wahai umat Muhammad)adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan utk manusia,(kerana)                         kamu menyuruh berbuat segala perkara yg baik dan melarang drpd perkara yg salah."
 Amar Makruf bererti menyeru kpd perkara-perkara kebaikan manakala Nahi Munkar bermaksud melarang kemungkaran.
tp hari ini kita dapati segelintir manusia yg hanya melakukan kebaikan utk diri sendiri tetapi tidak mengajak org lain berbuat baik.Demikian jugak ada yg tidak berani menegah @ menegur org lain drpd melakukan kemungkaran.Contoh nya ada org yg tidak berani menegur kawannya melakukan maksiat.Ada jgk suami @bapa yg tidak berani menegur isteri @ anak perempuannya ygmendedahkan aurat.

Ciri yang keempat :Bersemangat Juang dan Sanggup Berkorban
               Tentera Islam dahulukala sanggup berkorban meninggalkan anak isteri dan kampung halaman                          utk berperang mempertahankan agama.Salahiddin al-ayubi berjuang bermati-matian sebelum                          berjaya mengalahkan tentera salib dan menawan semula palestin.

Ciri yang kelima :Mampu Melahirkan kekuatan
             Sabda Rasulullah SAW dlm sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Muslim yg bermaksud:-
                        "Org mukmin yg kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah drpd org mukmin yg lemah"

Antara kekuatan yg perlu dilahirkan oleh umat islam ialah Kekuatan Ekonomi, Politik, Sains, Teknologi, Pendidikan,Perpaduan,Ketenteraan dan sebagainya.

Inilah ciri2 yg perlu ada pd umat islam yg ingin agama islam terus maju dan cemerlang

No comments:

Post a Comment