Saturday, December 24, 2011

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

Penggunaan Internet dengan cara yang tidak bertanggugjawab
adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh
mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat,
melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik,
mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkkan imej
Perkhidmatan Awam.

 
a)Hak Akses Pengguna
  - Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh agensi untuk
  membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan.

b)Memilih Laman
  - Laman yang dilayari hendaklah hanya berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk
  tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan.

c)Pengesahan Maklumat
  - Bahan yang diperolehi dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannye.
Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan.
  
d)Muat Naik Bahan
  - Bahan rasmi yang hendaklah dimuat naik ke internet hendaklah disemak dan mendapat
  pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat turun.

e)Muat Turun Bahan
  - Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang
berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun
dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.

f)Perbincangan Awam
  - Hanya pegawai yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan
kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board
mestilah mandapat pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar dan tatacara
yang telah ditetapkan

No comments:

Post a Comment