Sunday, January 30, 2011

5 Tanda Hati Keras Membatu


  • 1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melakukan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah.
Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud:“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”. (surah At-Taubah : 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh samasekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.
Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya : “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku” (Surah Al – Qaf : 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata – mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individualistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamalkan yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemiskinan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa – peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
“Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula mengambil pelajaran”. (Surah At-Taubah : 126)


Top of Form







Bottom of Form

1 comment: